PUSAT REUNION KAKITANGAN KERAJAAN &
SWASTA SELURUH MALAYSIA

Assalamualaikum & selamat kebahagian kepada seluruh Rakyat Malaysia yang diRahmati Allah SWT.
Kecintaan kita kepada pertalian SILATURAHIM KEKELUARGAAN & PERSAHABATAN sesama insan adalah anugerah Allah SWT yang membahagiakan kehidupan kita. Kami, YPEM Assets Sdn Bhd mempersiapkan satu lokasi cantik untuk pertemuan REUNION keseluruhan pertalian persaudaraan dan persahabatan di bumi Malaysia tercinta ini. Program REUNION TAHUNAN MALAYSIA di YPEM ini sentiasa tersedia dan terbuka untuk menyambut kedatangan seluruh rakyat Malaysia. Laketown Bukit Merah, Perak adalah destinasi pelancongan tercantik di Negeri Perak. Pelbagai kemudahan tersedia untuk memeriahkan program REUNION anda. Kambing bakar, ayam golek, satay, BBQ dan sebagainya begitu enak kita nikmati bersama-sama dengan senyum gembira keceriaan.

PUSAT REUNION No.1 MALAYSIA

YPEM Assets Sdn Bhd menyedia pelbagai kemudahan yang baik dan selesa untuk rakyat Malaysia khususnya umat islam bagi mengukuh persaudaraan dan silaturahim kekeluargaan. Tawaran kemudahan perkhidmatan di YPEM Assets disediakan PADA CAJ YANG AMAT RENDAH kepada semua kesatuan dan organisasi yang bervisi persahabatan dan silaturahim kekeuargaan.

Kemudahan yang disediakan:
  • Perkakas untuk BBQ
  • Dewan kuliah serba lengkap dengan sistem audio viual
  • Khemah untuk program di luar bangunan
  • Tempat parking kereta yang luas dan banyak
  • Mesin untuk memasak dodol, bubur dan gulai.
  • Ratusan bilik apartment untuk penginapan
  • Kemudahan kafeteria dan katering
  • Tempat aktiviti program dan riadah yang luas dan selesa
Syarat & peraturan:
  • Visi perjumaan adalah hanya untuk persahabatan dan kekeluargaan.

Lokasi Pusat REUNION

LOKASI pusat REUNION ini boleh kelihatan jelas dari R & R Bukit Merah di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).Ia kelihatan jelas diposisi kanan bagi yang berarah dari Ipoh ke Pulau Pinang; atau diposisi kiri bagi mereka yang berarah perjalanan dari Pulau Pinang ke Ipoh.

CARA MENDAFTAR

  1. Sila DOWNLOAD KALENDER REUNION
  2. Kenal pasti GROUP & TARIKH TAHUNAN ANDA
  3. Untuk urusan pendaftaran. Sila download kalender REUNION dan borang pendaftaran.
  4. Pertanyaan: Tel: 05-8900172
Moga pusat REUNION ini akan menjadi titik sejarah Pertemuan Persahabatan dunia dan akhirat yang diterjemahkan dalam bentuk silatul Rahim keakraban sepanjang hayat. Destinasi keemasan untuk keakraban dan bermaaf-maafan.
Terima kasih.
Hormat dari kami, pihak pengurusan YPEM Assets Sdn Bhd.

Hubungi Kami

YPEM ASSETS SDN BHD (1287050-W)
Block B Palm View Building,
Bukit Merah Laketown Resort,
Jalan Bukit Merah,
34400 Semanggol, Perak.

Tel: 05 - 8900172, 8900112
E-Mail: malaysia.reunion@gmail.com
Website: malaysia-reunion.com